Thursday, July 16, 2009

Latar belakang Penubuhan


Pertemuan pertama Alumni Fakulti Undang-undang pada 18 April 2009, di Kompleks Tun Abdullah Mohad Salleh telah mencetuskan ide untuk menubuhkan Persatuan Alumni Fakulti Undang-undang dibawah Akta Pertubuhan 1966. Pertemuan yang dihadiri oleh kira-kira 190 bekas pelajar menemukan pelajar kumpulan pertama sehinggalah pelajar kumpulan ke 17. Gandingan alumni baru dan lama ini menjadi lambang kejayaan Fakulti dan UKM dalam melahirkan graduan yang berilmu serta berketerampilan. Kerjaya yang diceburi oleh para alumni bukan hanya tertumpu kepada bidang perundangan, tetapi juga perkhidmatan awam, perniagaan, seni dan korporat. Pertemuan tersebut dihadiri oleh Dekan Fakulti Undang-undang, Prof Dr Kamal Halili Hasan, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar, Prof Madya Dr Rohimi Shafie, Prof Madya Shamsuddin Suhor, Prof Madya Anisah Che Ngah, Prof Madya Safinaz Husin dan Prof Madya Datin Dr Noor Aziah Hj Mohd Awal. Hasil pertemuan ini ialah perlantikan Exco dan Ahli Jawatankuasa yang akan mengusahakan pendaftaran Persatuan dan merangka aktiviti yang bersesuaian dengan tujuan penubuhan.

No comments:

Post a Comment