Thursday, July 30, 2009

SYARAHAN ALUMNI SIRI I 2009

Oleh: Y Bhg Tan Sri Dato Alimuddin Mohd Dom (Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia)
Tajuk: Alumni dan Pembangunan Pendidikan
Tarikh: 7 Ogos 2009
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Bilik Senat Aras 5, Bangunan Canselori
Pakaian: Formal

Monday, July 27, 2009

DATA BASE ALUMNI FAKULTI UNDANG-UNDANG

EXCO Alumni sedang berusaha membangunkan data base alumni untuk tujuan rangkaian dan pembangunan kerjaya pelajar serta alumni.

Sukacita kiranya para alumni dapat menyampaikan maklumat terkini mengenai kerjaya Tuan/Puan bagi tujuan kemaskini. Sila hubungi Suzanna Kamaruzzaman di suekamar@gmail.com.

MAJLIS MAKAN MALAM ALUMNI FAKULTI UNDANG-UNDANG


Makluman pertama mengenai majlis Makan Malam Alumni Fakulti Undang-undang:


TARIKH: 17 OKTOBER 2009

MASA: 7.00 mlm

TEMPAT: KUALA LUMPUR


Makluman ini akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Sebarang pertanyaan sila hubungi, faridah@ukm.my (03-89256367/019-2255374) @ ranita@naza.com.my.

Diharap semua alumni dapat hadir menjayakan majlis makan malam ini.


Gambar adalah majlis makan malam pertama PERUNDANG.

Friday, July 17, 2009

Batch Pertama


Saya akan mula dengan batch pertama, anda boleh kira umar kami. Graduate pada tahun 1990, kumpulan pertama seramai 36 orang.
Barisan depan kanan, Habibah Yusof /kak bib (sekarang Hakim Mahkamah Sesyen Kuantan, layakpun tegas dan amanah!), Noraskin Jamaludin/kak kin...(hmm sorry Datin...), Anita Andul Rahim/Nita yang manja (kat UKM), Faridah Jalil/Farid (kat UKM juga diamanah ataur perjumpaan/macam biasa... bab mengatur acara serah kat dia...bukan tak biasakan..farid youlah buat, ini frasa kegemaran Nabil, Najid, Hilmi, Man Tom) Raja Mazlena/Gina (Suri Rumah bestnya...harap Gina dah faham macam-macam perkara) dan Suzanna Kamaruzzaman/An (kat IIU, An yang lemah lembut).
Baris belakang, Johari/Jo (bila nak kahwin Jo?), Kamal Basha (peguam yang berjaya) Ahmad Hilmi (suami Nita...setia dari dulu sampai sekarang), Amran Ariff/Amran (kasanova kita), Zamri Ali/Zamri (peguam berjaya...macam YB). Najid Husin/ Najid (Pegawai Pencegah Maksiat UKM...) Azman Zakaria/Man Ke (Macam dulu juga tak tinggi-tinggi).
Jangan marah ye.
Bila kelapangan saya akan minta wakil setiap batch tulis mengenai batchnya yang tersendiri.

KEMBALI KE DEWAN KULIAH


Mengimbau kenangan mendengar kuliah...khusyuk, tapi kenapa tak ada yang nak ambil nota?

Thursday, July 16, 2009

Latar belakang Penubuhan


Pertemuan pertama Alumni Fakulti Undang-undang pada 18 April 2009, di Kompleks Tun Abdullah Mohad Salleh telah mencetuskan ide untuk menubuhkan Persatuan Alumni Fakulti Undang-undang dibawah Akta Pertubuhan 1966. Pertemuan yang dihadiri oleh kira-kira 190 bekas pelajar menemukan pelajar kumpulan pertama sehinggalah pelajar kumpulan ke 17. Gandingan alumni baru dan lama ini menjadi lambang kejayaan Fakulti dan UKM dalam melahirkan graduan yang berilmu serta berketerampilan. Kerjaya yang diceburi oleh para alumni bukan hanya tertumpu kepada bidang perundangan, tetapi juga perkhidmatan awam, perniagaan, seni dan korporat. Pertemuan tersebut dihadiri oleh Dekan Fakulti Undang-undang, Prof Dr Kamal Halili Hasan, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar, Prof Madya Dr Rohimi Shafie, Prof Madya Shamsuddin Suhor, Prof Madya Anisah Che Ngah, Prof Madya Safinaz Husin dan Prof Madya Datin Dr Noor Aziah Hj Mohd Awal. Hasil pertemuan ini ialah perlantikan Exco dan Ahli Jawatankuasa yang akan mengusahakan pendaftaran Persatuan dan merangka aktiviti yang bersesuaian dengan tujuan penubuhan.

OBJEKTIF PERSATUAN

  1. Menghimpunkan alumni Fakulti Undang-undang untuk membina jalinan kerjasama Alumni dan Fakulti.
  2. Menubuhkan jawatankuasa kerja Alumni untuk merangka aktiviti sesuai dengan peranan yang akan dimainkan oleh alumni sebagai rakan kongsi Fakulti.
  3. Menggabungkan kepakaran dan kemahiran Alumni Fakulti supaya dapat dimenfaatkan oleh Fakulti.
  4. Tempat menyalurkan keparluan Alumni supaya Fakulti dapat membantu dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran Alumni dalam kerjaya.
  5. Menjadikan Alumni sebagai penasihat dan tempat rujukan dalam membangunkan program pengajian di Fakulti.
  6. Memertabatkan Fakulti Undang-undang khususnya dan Universiti Kebangsaan Malaysia amnya menerusi penglibatan Alumni daropada pelbagai kerjaya yang berbeza.

SUMBANGAN ALUMNI MINGGU ORENTASI PELAJAR TAHUN SATU

Alumni FUU terdiri dari En Hanif hassan dari Hanif Hassan & Co telah menyampaikan kuliah mengenai Sahsiah Diri pelajar Undang-undang dan Motivasi diri kepada 102 orang pelajar baru FUU bagi sesi 2009/10 pada 6 hb Julai 2009 di DK.1 FUU. Dalam kuliah berkenaan beliau menerangkan mengenai tata kelakuan pelajar undang-undang dan bagaimana untuk menjadi pelajar yang bermotivasi. Kuliah beliau mendapat sambutan baik dari para pelajar dan beliau telah menerima banyak soalan dari pelajar-pelajar.

Pada hari ke 2, 7 Julai 2009, seramai 5 alumni terdiri dari Puan Nor Adura. Pn Suzana, Pn Noor Hamiza, Encik Rizal dan Encik Khairul telah bercakap mengenai Kemahiran yang perlu dipupuk oleh pelajar Undang-undang.

Jika ada antara alumni yang berminat sila hubungi Setiausaha Alumni, PM Dr Faridah di faridah@ukm.my atau Dr Nazura di nazura@ukm.my.