Tuesday, December 1, 2009

ATURCARA MAJLIS MAKAN MALAM ALUMNI

Aturcara Program
Majlis Makan Malam Alumni Fakulti Undang-Undang
Universiti Kebangsaan Malaysia
“MENGGAMIT MEMORI, MENTAUT KASIH”


5 DISEMBER 2009
DEWAN TUN HUSSEIN ONN, PWTC
7.20 malam - Ketibaan tetamu dan dif jemputan

7.50 malam - Ketibaan Yang Mulia Tengku Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Ahmad Rithaudeen Al-Haj bin Tengku Ismail
Pro-Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia

8.00 malam - Bacaan Doa

8.05 malam - Ucapan Aluan oleh :-
Yang Berusaha Encik Ahmad Nabil bin Azizan
Presiden, Alumni Fakulti Undang-Undang , Universiti Kebangsaan Malaysia

- Ucapan oleh:-
Yang Berusaha Profesor Dr.Aishah Bidin
Dekan Fakulti Undang-Undang , Universiti Kebangsaan Malaysia

8.15 malam - Bacaan Puisi

- Persembahan Multimedia

- Pantun oleh En. Shamsuddin Suhor

- Jamuan Makan Malam

8.45 malam - Persembahan Artis Jemputan

- ALUMNI TALENT

9.45 malam - Keputusan ALUMNI TALENT

9.50 malam - Ucapan Penghargaan oleh:-
Yang Berusaha Encik Ahmad Nabil bin Azizan
Presiden, Alumni Fakulti Undang-Undang , Universiti Kebangsaan Malaysia

10.00 malam - Majlis Bersurai


Pakaian : Kasual


Sunday, November 1, 2009

PERLANTIKAN BARU DI FAKULTI UNDANG-UNDANG UKM

Professor Dr Aishah Bidin telah dilantik sebagai DEKAN Fakulti Undang-undang menggantikan Prof Dr Kamal Halili Hassan.

Warga Alumni mengucapkan tahniah kepada Prof Dr Aishah dan terima kasih kepada Prof Dr kamal Halili Hassan diatas kepimpinannya sebelum ini.

INAUGURAL CRIMINAL LAW CONFERENCE

Fakulti Undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi 'Inaugural Criminal Law Conference' anjuran Selangor Bar dan Majlis Peguam Malaysia pada 14 & 15 November 2009 bertempat di Bilik Senat, Bangunan Canselori bermula jam 8.30 pagi - 5.00 petang.


Persidangan tersebut akan dirasmikan oleh Y.A.A Tan Sri Dato' Seri Alauddin bin Dato' Mohd Sheriff, Presiden Mahkamah Rayuan.

Maklumat lanjut persidangan boleh diperolehi dari

http://www.selangorbar.com

Thursday, October 15, 2009

INAUGURAL CRIMINAL LAW CONFERENCE

Alumni Fakulti Undang-undang Uni Kebangsaan Malaysia bersama Fakulti Undang-undang dan Selangor Bar Committee akan menganjurkan INAUGURAL CRIMINAL LAW CONFERENCE seperti makluman di bawah:

Tarikh: 14 & 15 Nov 2009
Tempat: Bilik Senat, Bangunan Canselori, Universiti Kebangsaan Malaysia.


Yuran Penyertaan:

Ahli : RM100
Bukan Ahli: RM180
Pelajar: RM50

Maklumat lanjut boleh diperolehi dari laman web Selangor Bar http://selangorbar.org.

Wednesday, September 2, 2009

MAJLIS MAKAN MALAM ALUMNI FAKULTI UNDANG-UNDANG

Para Alumni yang dihormati,

Majlis Makan Malam Alumni Perama yang dijadualkan pada 17 Oktober 2009 ditangguhkan ke 5 Disember 2009. Butiran untuk majlis tersebut adalah:


Harga: RM170 (Alumni)
RM150 (Pasangan bukan Alumni)

Tarikh: 5 Disember 2009

Tempat: Pusat Dagangan Dunia Putera

Bayaran boleh dibuat terus ke akaun Persatuan No: 564128344212 (Maybank Current Acct)

Kami menyeru semua alumni untuk hadir menjayakan majlis makan malam ini.

Matlamat Majlis Makan Malam ini ialah untuk mengeratkan hubungan diantara alumni Fakulti dan membentuk jaringan kemahiran dan karier diantara alumni.
Perhimpunan ini bakal dihadiri oleh semua alumni dari Batch Pertama sehingga yang ke 20.

Majlis ini juga bertujuan untuk mengumpulkan dana bagi kegiatan alumni secara lebih tersusun dan terancang. Buat masa ini kegiatan alumni berlangsung dengan kerjasama dari Fakulti Undang-undang atau ditaja oleh EXCO Penaja Alumni.

Program yang dirangka oleh Persatuan Alumni tidak hanya mensasarkan pelajar di FUU tetapi juga ahli-ahli yang telah berkerjaya terutamanya untuk mempertingkatkan kemahiran diri. Program peningkatan ilmu dan kemahiran dijalankan oleh alumni sendiri atau pensyarah jemputan dari bidang-bidang yang telah dikenalpasti.

Kami berharap semua alumni dapat bersama-sama menyumbang untuk membina nama Fakulti dan berbangga menjadi pelajar Fakulti Undang-undang UKM.

Friday, August 21, 2009

SELAMAT MENJALANI IBADAT PUASA DI SEPANJANG RAMADHAN


EXCO dan Jawatankuasa Alumni Fakulti Undang-undang mengucapkan Selamat Menjalani Ibadat Puasa kepada semua alumni Fakulti Undang-undang.


Semoga ibadah ini akan mempertingkatkan keimanan dan keinsafan serta diberkati.

Wednesday, August 19, 2009

Bengkel Motivasi dan Program Sangkutan Pelajar Tahun 3

Program tersebut akan dijalankan seperti butiran dibawah:

Tarikh: 22 Ogos 2009 (Sabtu)
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Dewan Kuliah 2 Fakulti Undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia.

Program akan dirasmikan oleh Yang Amat Arif Tan Sri Arifin Zakaria, Hakim Besar Malaya.

Program adalah anjuran Alumni Fakulti Undang-undang dengan kerjasama Fakulti Undang-undang UKM.

Alumni yang berminat dijemput hadir.

Wednesday, August 5, 2009

ALFATIHAH: ALIZA AHMAD DALAM KENANGAN


Aliza adalah merupakan pelajar Batch ke 14 Fakulti Undang-undang. Beliau adalah pelajar pengambilan Saluran Ke dua yang terdiri dari kalangan calun yang mempunyai pengalaman dan terlibat dengan profesyen perundangan dan mempunyai tahap akademik yang baik. Sepanjang pengajian beliau di Fakulti Undang-undang beliau terlibat secara aktif dengan kegiatan pelajar dan banyak memberi sumbangan berkaitan dengan khidmat nasihat dan galakan kepada pelajar-pelajar yang lebih junior. Kalangan rakan-rakan mengenalinya sebagai Kak Aliza. Hubungan beliau dengan para pensyarah juga amat baik terutamanya kerana beliau adalah merupakan 'Litigation Clark', pensyarah banyak berkongsi pengalaman mengenai aspek undang-undang dari sudut praktikal terutamanya yang membabitkan documentation.


Tamat pengajian beliau masih lagi mengekalkan hubungan dengan Fakulti Undang-undang. Beliau tidak pernah menolak untuk membantu menjayakan program Fakulti, terutamanya dari aspek kewangan. Pemergian beliau adalah kehilangan penyumbang besar kepada kegiatan Fakulti.


Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang saleh. Al Fatihah.
Gambar: Allahyarhamah Aliza bersama saudara Nizam di pameran Hari Terbuka Fakulti.
Oleh: Faridah Jalil


Thursday, July 30, 2009

SYARAHAN ALUMNI SIRI I 2009

Oleh: Y Bhg Tan Sri Dato Alimuddin Mohd Dom (Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia)
Tajuk: Alumni dan Pembangunan Pendidikan
Tarikh: 7 Ogos 2009
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Bilik Senat Aras 5, Bangunan Canselori
Pakaian: Formal

Monday, July 27, 2009

DATA BASE ALUMNI FAKULTI UNDANG-UNDANG

EXCO Alumni sedang berusaha membangunkan data base alumni untuk tujuan rangkaian dan pembangunan kerjaya pelajar serta alumni.

Sukacita kiranya para alumni dapat menyampaikan maklumat terkini mengenai kerjaya Tuan/Puan bagi tujuan kemaskini. Sila hubungi Suzanna Kamaruzzaman di suekamar@gmail.com.

MAJLIS MAKAN MALAM ALUMNI FAKULTI UNDANG-UNDANG


Makluman pertama mengenai majlis Makan Malam Alumni Fakulti Undang-undang:


TARIKH: 17 OKTOBER 2009

MASA: 7.00 mlm

TEMPAT: KUALA LUMPUR


Makluman ini akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Sebarang pertanyaan sila hubungi, faridah@ukm.my (03-89256367/019-2255374) @ ranita@naza.com.my.

Diharap semua alumni dapat hadir menjayakan majlis makan malam ini.


Gambar adalah majlis makan malam pertama PERUNDANG.

Friday, July 17, 2009

Batch Pertama


Saya akan mula dengan batch pertama, anda boleh kira umar kami. Graduate pada tahun 1990, kumpulan pertama seramai 36 orang.
Barisan depan kanan, Habibah Yusof /kak bib (sekarang Hakim Mahkamah Sesyen Kuantan, layakpun tegas dan amanah!), Noraskin Jamaludin/kak kin...(hmm sorry Datin...), Anita Andul Rahim/Nita yang manja (kat UKM), Faridah Jalil/Farid (kat UKM juga diamanah ataur perjumpaan/macam biasa... bab mengatur acara serah kat dia...bukan tak biasakan..farid youlah buat, ini frasa kegemaran Nabil, Najid, Hilmi, Man Tom) Raja Mazlena/Gina (Suri Rumah bestnya...harap Gina dah faham macam-macam perkara) dan Suzanna Kamaruzzaman/An (kat IIU, An yang lemah lembut).
Baris belakang, Johari/Jo (bila nak kahwin Jo?), Kamal Basha (peguam yang berjaya) Ahmad Hilmi (suami Nita...setia dari dulu sampai sekarang), Amran Ariff/Amran (kasanova kita), Zamri Ali/Zamri (peguam berjaya...macam YB). Najid Husin/ Najid (Pegawai Pencegah Maksiat UKM...) Azman Zakaria/Man Ke (Macam dulu juga tak tinggi-tinggi).
Jangan marah ye.
Bila kelapangan saya akan minta wakil setiap batch tulis mengenai batchnya yang tersendiri.

KEMBALI KE DEWAN KULIAH


Mengimbau kenangan mendengar kuliah...khusyuk, tapi kenapa tak ada yang nak ambil nota?

Thursday, July 16, 2009

Latar belakang Penubuhan


Pertemuan pertama Alumni Fakulti Undang-undang pada 18 April 2009, di Kompleks Tun Abdullah Mohad Salleh telah mencetuskan ide untuk menubuhkan Persatuan Alumni Fakulti Undang-undang dibawah Akta Pertubuhan 1966. Pertemuan yang dihadiri oleh kira-kira 190 bekas pelajar menemukan pelajar kumpulan pertama sehinggalah pelajar kumpulan ke 17. Gandingan alumni baru dan lama ini menjadi lambang kejayaan Fakulti dan UKM dalam melahirkan graduan yang berilmu serta berketerampilan. Kerjaya yang diceburi oleh para alumni bukan hanya tertumpu kepada bidang perundangan, tetapi juga perkhidmatan awam, perniagaan, seni dan korporat. Pertemuan tersebut dihadiri oleh Dekan Fakulti Undang-undang, Prof Dr Kamal Halili Hasan, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar, Prof Madya Dr Rohimi Shafie, Prof Madya Shamsuddin Suhor, Prof Madya Anisah Che Ngah, Prof Madya Safinaz Husin dan Prof Madya Datin Dr Noor Aziah Hj Mohd Awal. Hasil pertemuan ini ialah perlantikan Exco dan Ahli Jawatankuasa yang akan mengusahakan pendaftaran Persatuan dan merangka aktiviti yang bersesuaian dengan tujuan penubuhan.

OBJEKTIF PERSATUAN

  1. Menghimpunkan alumni Fakulti Undang-undang untuk membina jalinan kerjasama Alumni dan Fakulti.
  2. Menubuhkan jawatankuasa kerja Alumni untuk merangka aktiviti sesuai dengan peranan yang akan dimainkan oleh alumni sebagai rakan kongsi Fakulti.
  3. Menggabungkan kepakaran dan kemahiran Alumni Fakulti supaya dapat dimenfaatkan oleh Fakulti.
  4. Tempat menyalurkan keparluan Alumni supaya Fakulti dapat membantu dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran Alumni dalam kerjaya.
  5. Menjadikan Alumni sebagai penasihat dan tempat rujukan dalam membangunkan program pengajian di Fakulti.
  6. Memertabatkan Fakulti Undang-undang khususnya dan Universiti Kebangsaan Malaysia amnya menerusi penglibatan Alumni daropada pelbagai kerjaya yang berbeza.

SUMBANGAN ALUMNI MINGGU ORENTASI PELAJAR TAHUN SATU

Alumni FUU terdiri dari En Hanif hassan dari Hanif Hassan & Co telah menyampaikan kuliah mengenai Sahsiah Diri pelajar Undang-undang dan Motivasi diri kepada 102 orang pelajar baru FUU bagi sesi 2009/10 pada 6 hb Julai 2009 di DK.1 FUU. Dalam kuliah berkenaan beliau menerangkan mengenai tata kelakuan pelajar undang-undang dan bagaimana untuk menjadi pelajar yang bermotivasi. Kuliah beliau mendapat sambutan baik dari para pelajar dan beliau telah menerima banyak soalan dari pelajar-pelajar.

Pada hari ke 2, 7 Julai 2009, seramai 5 alumni terdiri dari Puan Nor Adura. Pn Suzana, Pn Noor Hamiza, Encik Rizal dan Encik Khairul telah bercakap mengenai Kemahiran yang perlu dipupuk oleh pelajar Undang-undang.

Jika ada antara alumni yang berminat sila hubungi Setiausaha Alumni, PM Dr Faridah di faridah@ukm.my atau Dr Nazura di nazura@ukm.my.

Friday, June 26, 2009

Announcement:3rd Alumni Exco Meeting

The 3rd meeting of UKM Law Faculty Alumni will be held as follows:

Date:27th June 2009
Time:10.00am - 12.30pm
Venue:Meeting Room UKM Law Faculty

Attendees:
Executive committee members

Thank you.