Para Alumni yang dihormati,
Majlis Makan Malam Alumni Perama yang dijadualkan pada 17 Oktober 2009 ditangguhkan ke 5 Disember 2009. Butiran untuk majlis tersebut adalah:
Harga: RM170 (Alumni)
RM150 (Pasangan bukan Alumni)
Tarikh: 5 Disember 2009
Tempat: Pusat Dagangan Dunia Putera
Bayaran boleh dibuat terus ke akaun Persatuan No: 564128344212 (Maybank Current Acct)
Kami menyeru semua alumni untuk hadir menjayakan majlis makan malam ini.
Matlamat Majlis Makan Malam ini ialah untuk mengeratkan hubungan diantara alumni Fakulti dan membentuk jaringan kemahiran dan karier diantara alumni.
Perhimpunan ini bakal dihadiri oleh semua alumni dari Batch Pertama sehingga yang ke 20.
Majlis ini juga bertujuan untuk mengumpulkan dana bagi kegiatan alumni secara lebih tersusun dan terancang. Buat masa ini kegiatan alumni berlangsung dengan kerjasama dari Fakulti Undang-undang atau ditaja oleh EXCO Penaja Alumni.
Program yang dirangka oleh Persatuan Alumni tidak hanya mensasarkan pelajar di FUU tetapi juga ahli-ahli yang telah berkerjaya terutamanya untuk mempertingkatkan kemahiran diri. Program peningkatan ilmu dan kemahiran dijalankan oleh alumni sendiri atau pensyarah jemputan dari bidang-bidang yang telah dikenalpasti.
Kami berharap semua alumni dapat bersama-sama menyumbang untuk membina nama Fakulti dan berbangga menjadi pelajar Fakulti Undang-undang UKM.
Wednesday, September 2, 2009
Subscribe to:
Comments (Atom)