
Aliza adalah merupakan pelajar Batch ke 14 Fakulti Undang-undang. Beliau adalah pelajar pengambilan Saluran Ke dua yang terdiri dari kalangan calun yang mempunyai pengalaman dan terlibat dengan profesyen perundangan dan mempunyai tahap akademik yang baik. Sepanjang pengajian beliau di Fakulti Undang-undang beliau terlibat secara aktif dengan kegiatan pelajar dan banyak memberi sumbangan berkaitan dengan khidmat nasihat dan galakan kepada pelajar-pelajar yang lebih junior. Kalangan rakan-rakan mengenalinya sebagai Kak Aliza. Hubungan beliau dengan para pensyarah juga amat baik terutamanya kerana beliau adalah merupakan 'Litigation Clark', pensyarah banyak berkongsi pengalaman mengenai aspek undang-undang dari sudut praktikal terutamanya yang membabitkan documentation.
Tamat pengajian beliau masih lagi mengekalkan hubungan dengan Fakulti Undang-undang. Beliau tidak pernah menolak untuk membantu menjayakan program Fakulti, terutamanya dari aspek kewangan. Pemergian beliau adalah kehilangan penyumbang besar kepada kegiatan Fakulti.
Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang saleh. Al Fatihah.
Gambar: Allahyarhamah Aliza bersama saudara Nizam di pameran Hari Terbuka Fakulti.
Oleh: Faridah Jalil